Pages

Tuesday, December 21, 2010

Dividen ASB 2010 ialah 7.5% + Bonus 1.25% = 8.75%


PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (kanan) ketika pengumuman pengagihan pendapatan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah dari Utusan Malaysia

Nampaknya ini jer lah yang mampu PNB bayar pada pelabur-pelabur tegar seperti aku. Actually 8.75% in total ni sikit tau tapi sebab ada sedikit peningkatan dari tahun lepas iaitu 0.2%, so aku pasrah jer la. Kalau aku marah2 pun bukan boleh naikkan dividen aku pun hehe.. Apapun segala resah gelisah aku semua telah terjawap dan lepas ni malas dah aku nak buka topik pasal ASB lagi ok.

Then, see you next year for 2011 dividen annoucement. tata titi tutu

Friday, December 17, 2010

Annoucement of ASB Dividen 2010 by PNB

Because of i really want to know when, i called PNB call centre and they told me the date. haha jahat kan aku.. sgt tak sabar...

The dividen will be annouced at 21st December 2010, Tuesday. Please read newspaper or listen/watch news :)
Dividen ASB 2010 akan diumumkan pada 21 Disember 2010, Selasa. Sila ikuti perkembangan di televisyen atau radio atau bacalah suratkhabar.


Thanks

Penambahan Pelaburan ASB 2011

Dah lama aku tak update blog ni. Since demam ASB masih belum kebah sbb PNB masih tak annouce berapa dividen + bonus this year. Aku yang ternanti-nanti ni di landa perasaan resah dan gelisah hehehe... bila la nak annouce yer, cepat la sikit.

Dalam pada tu, aku tgh fikir apa plan aku next year. Duit extra yang aku invest utk ASB 2010 tu nak buat apa? Maksud aku duit tu (amount yang sama) pada tahun 2011 apa yang patut aku lakukan? tambah pelaburan ASB lagi atau beli kereta baru... hahaha i likee!!

pic dari google :)


Sebenarnya aku mmg nak sangat merembat Honda City (E) yang telah lama aku idam-idamkan sejak kereta ni keluar tahun lepas. Kalau boleh aku nak warna putih. Aku mmg plan nak beli tapi mengenangkan KERETA sebenarnya satu liabiliti bukan asset tau. Memang la kalau tgk dalam accounting kereta = asset tp lu pikirlah sendiri !!bile nak jual ade value ke?? Jadi aku terus memikir, berfikir sampai sakit-sakit kepala aku. Actually kereta aku sekarang pun masih elok lagi, baru 5 thn (eh dah nak masuk 6 thn la huhu)takda masalah pun cuma saja je gatal nak bergaya (ikut nafsu btl)

So lepas aku timbang tara sini sana... Aku decide untuk tambah loan ASB aku dan cancel beli kereta baru uwaaaaaaaaaaa. Betul ke pilihan aku ni?? InsyaAllah betul.. So aku cepat2 buat dengan Maybank Kota Damansara. Dulu yang mula-mula pun aku buat dengan dorang juga. Dorang mmg kerja cepat & pantas. Congrats to Siti & Pn Rina dari Cawangan Maybank Kota Damansara SSC. ASB loan i dah lulus dan i pun dah signed offer letter 15/12/10 hari tu :)

So aku harap kawan-kawan yang membaca ruangan aku ni. Why not kita melabur untuk masa depan. Simpanan yang besar adalah lebih baik dari kereta yang besar. Hari tua kita perlu dirancang baik-baik agak agar kelak kita dapat menjalankan ibadah dengan tenang di sisa-sisa usia kita. Tidaklah lagi kita sibuk bekerja di hari tua. InsyaAllah rezeki itu datang dari Allah swt. Di usia muda kita mencari rezeki tapi jangan lupa kewajipan sebagai seorang Muslim juga. Salam Ukhwah dan Wassalam :)

Tuesday, November 23, 2010

Berapa Kadar Dividen ASB 2010?


Aku antara berjuta orang Melayu atau Bumiputera yang membuat pelaburan dalam ASB ni. Seperti biasa dividen yang aku harapkan mestilah dapat cover bayaran bulanan aku selama setahun untuk tahun depan yakni 2011 dan sedikit keuntungan utk aku top up mana2 yg berlubang tu.

Risau dapat dividen sikit? of course lah.. siapa yang mahu rugi, semua orang nak untungkan?? aku mmg tak terlepas la hehe :)

Ok kat sini aku nak listkan kadar dividen ASB dari tahun 2005 - 2009. Jom tengok dan nilaikan!

2005 = Total 9.00 sen
kadar dividen - 7.25 sen seunit
kadar bonus - 1.75 sen seunit

2006 = Total 8.55 sen
Kadar dividen - 7.30 sen seunit
Kadar bonus - 1.25 sen seunit

2007 = Total 9.00 sen
Kadar dividen - 8.00 sen seunit
Kadar bonus - 1.00 sen seunit

2008 = Total 8.75 sen
Kadar dividen - 7.00 sen seunit
Kadar bonus - 1.75 sen seunit

2009 = Total 8.55 sen
kadar dividen - 7.30 sen seunit
kadar bonus - 1.25 sen seunit


LATEST UPDATE : 21/12/2010
2010 = Total 8.75 sen
Kadar dividen - 7.5 sen seunit
Kadar bonus - 1.25 sen seunit

so untuk tahun 2010???

aku berharap sgt dapat 10 sen per unit! (walaupun aku tau mmg takkan dapatlah banyak ni, paling-paling pun 8-9 sen jek) kesian kan:( lagilah kerajaan nak buat bangunan 100 tingkat tu, tak tau lah ade chance tak aku nak merasa dividen aku lepas ni !!

Thursday, November 11, 2010

Pasar Tani aka Pasar Karat @ Stadium Shah Alam


Aku memang suka pergi Pasar ni. Walaupun orang ramai, tapi aku memang suka breakfast kat sini. Ada keropok lekor, ada makcik jual kuih talam yang bermacam-macam, pizza, ayam goreng, ayam bakar, kuih akok, sup tulang, char keoh teow, mee goreng mamak, roti canai, cempedak goreng, bla bla bla sampai esok kalau aku nak listkan pun takkan habis.



Kat sini, ada satu makcik ni jual nasi lemak yang termurah di pasaran. Maksud aku pasaran lembah kelang la, kalau korang compare dgn Kedah ke Kelantan tak dapek la makcik nak nolong yer. So far, tak sapa dapat challenge makcik ni lagi. Sebungkus nasi lemak biasa hanya Rm0.70. Nasi Lemak ayam, Udang, Sotong semua RM1.00 sebungkus. Murah kan? korang percaya tak? hehehe
Aku tak menipu, harga tertera kat banner ni dan aku dah biasa jadi pelanggan makcik ni sejak aku duduk di Shah Alam lagi. Tapi cuma saiz nya setanding la dengan harga yang kita bayar. Janganlah harap dengan RM0.70 korang dapat setonggok nasi pulak!! agak2 la pun kan. Makcik ni pun nak untung jugak dah la pekerja ramai :)


Tapi bagi aku ok jer, walaupun saiz kecil aku enjoy nasi lemak tu. Bila perut tak kenyang sangat, aku boleh rembat keropok lekor barang seringgit dua, kuih apam barang seketul dan boleh merasa char koeh tiaw hubby aku. hehehe aku sukeeee (makan byk2, pastu komplen gemuk)

Ok lah korang layanlah pictures ni dulu. Actually aku dah lama uploadkan pic ni kat FB tapi la ni baru terasa nak menulis hehe :)


Korea Trip on December 2010


Nampaknya trip ke Korea tahun ni memang jadi. Aku excited, eh bukan aku jer la semua orang excited tau. Tapi aku mungkin lebih sikit sbb aku baru first time dpt pergi country yang ada salji. We all akan pergi pada 23 Dec, flight malam so we all akan sampai Seoul pagi 24 Dec. Balik KL 28 Dec, flight petang.

Kali ni we all guna TRI-D Travel and Tours Sdn Bhd as our agent and they offer Muslim Tour package. Di sini aku sertakan tentative itinerary kami mana la tau korang nak tambah place of interests yang korang tau ker boleh jugak hehe (tp korang tolong byrkan utk additional tu bole? hehe)

TENTATIVE ITINERARY

Day 1: Seoul Shopping Tour (B/L/D)

After breakfast, depart for city tour of Kyongbok Palace, Presidential Blue House, National Ginseng Outlet, Amethyst Factory, The Cosmetic Shop. Cheonggyecheon Stream, Dongdaemun Market.
*Lunch/Dinner: served at Muslim restaurants.

Day 2: Incheon Airport / Nami Island / O2 Ski Resort (L/D)
Meet our representative at Inchon airport and proceed to Yongjong Island for Seagull Cruise, then depart for Nami Island. Enjoy Lake Cruise and take a leisure walk at the beautiful tree road where the outdoors shooting for the famous Korean Drama “Winter Sonata” takes place. Then proceed to Ski Resort for Ski Tour. (Ski Equipments on optional)
*Lunch/Dinner: Served seafood restaurants.

Day 3: O2 Ski Resort (B/L/D)

After breakfast, free at leisure.
*Lunch/Dinner: Served seafood restaurants.

Day 4: Ski Resort / Seoul/ Lotte World Theme Park (B/L/D)

After breakfast, after that depart for DIY Kimchi + wearing Korean Traditional costume “Han – Bok”, Lotte World Theme Park with big 5 ticket.
*Lunch/Dinner: Served seafood restaurants.

Day 5: Departure (B)

After breakfast, transfer to dongchongxiachau, local product and; souvenir shop, transfer to Airport.

Sebenarnya aku tak mau cerita panjang2 sekarang sbb x syiokk la nanti.. tunggu la aku balik Korea, akan aku update dan post kan picture2 yang menarik ok :)

Monday, June 21, 2010

Kehadiranmu Tidak Ku Nanti, Pemergianmu Aku Tangisi - Part II

Hati tak keruan menanti next check up. Takut nak jumpa Doctor Siti. Takut kalau ada apa-apa berita yang tak di duga. Tapi aku gagahkan diri untuk berjumpa beliau.

3rd June 2010, 8.30am - Aku sudah bersiap-siap dengan hubby ke KPJ Selangor. Sampai turn kami, aku memang dah berdebar-debar. Dr Siti masih tersenyum. Dia tahu apa yang aku rasa. Dia cuba nak menenangkan aku dan hubby.

Ok saya nak scan sekarang.Bismillahirrohmannirrohim... ditekannya alat itu ke perutku. sejukk... aku melihat ke skrin, hubby pun kusyuk, doktor pun sama. Alhamdulillah terpacul dari mulut Dr Siti. Haaaa ini dia baby nya. Nampak pun hari ni. Aku lega.

Tapi... tiba-tiba Dr Siti bersuara... tapi, sayang sekali tiada lagi heart beat kedengaran. Apa yang boleh saya katakan di sini, baby puan mungkin dah tiada. fetus tu akan gugur at anytime. Tiada harapan lagi katanya. Sekali lagi aku terpaku. Tapi aku memang telah bersedia untuk apa saja kemungkinan. Dr Siti suggest aku buat D&C hari tu. Aku refused and cakap we'll come back once we're ready. Dr Siti bagi 1 week untuk we come back kalau baby tak kuar secara natural sbb nnt berbahaya kepada si ibu.

Malam tu (Khamis) kat rumah, aku rasa perut aku sakit macam cramp. Aku panggil hubby. Tak tahan sangat-sangat. Then aku gi toilet tengok ada blood keluar. Aku terus terduduk rasa mmg dah tak de harapan lagi (sebenarnya aku masih menaruh harapan yang keajaiban akan berlaku). Aku harus cepat jumpa doctor. Esoknya, pagi Jumaat yang hening kami ke KPJ lagi. Dah macam rumah dah asyik berulang alik, nasiblah dekat tak sampai 3km.

Sampai di sana, Dr Siti Esah takda pulak sebab ada International Meeting ke ape ntah aku tak pasti. Doktor lain yang ganti. So aku yang terdesak ni terpaksa la jumpa Dr Mohd Nazri Yazid. So D&C procedure buat dengan dia. Alhamdulillah dia pun baik juga, sopan dan motivate me a lot and the most i appreciate him was he calm me down when my tears came out. Bertambah sedihnya hati bila cukup 5 hari aku buat D&C, air susu pun keluar.. tp sayang babynya tiada :( :(

Wahai anakku, jujurnya "Kehadiran mu tidak ku duga dan pemergianmu merenggut jiwa". Allah lebih menyayangimu sayang. Walaupun mama tidak dapat menyentuhmu tp kasih sayang untuk mu tetap ada. Di hati ini... kekal selamanya.

Dua hari di Hospital sangat memboringkan. Kali ni kalau aku masuk hospital lagi, harap-harapnya aku dapat bawa balik seorang baby yang comel. InsyaAllah :-)

Kehadiranmu Tidak Ku Nanti, Pemergianmu Aku Tangisi

Part 1

Setelah sekian lama aku hidup berempat, aku, hubby dan dua anak dara kesayangan itu. Kami dikhabarkan dengan berita gembira apabila aku disahkan hamil anak ke-3. Macam-macam perasaan bermain difikiranku. Gembira, bahagia, teruja dan semuanya sukar nak dijelaskan dengan kata-kata. Sememangnya aku merancang dan Allah lah yang menentukan segalanya. Khabar berita itu aku kongsikan dengan ahli keluarga dan teman-teman rapat. Aku disahkan hamil pada 28th March 2010 = 6 weeks. Alhamdulillah aku bersyukur setelah 5 tahun perut ini tidak berisi, akhirnya Allah beri jua ia kepada aku walaupun pada mulanya aku plan nak dapat anak next year.

Pada awal May, badan aku telah mula mengeluarkan hormon-hormon wanita mengandung. Berat badan pun naik dan macam2 lagi yg for sure aku tak kan disclose kat sini sbb orang perempuan jer yang tau hehehe..

Trip ke Medan.

Aku sudah berjanji dengan kawan aku untuk ke Medan. Trip kali ini hanya more to JJCM. Aku berlepas ke Medan bersama dia (perempuan yer) pada 18 May 2010. Beberapa hari di Medan aku perasan ada blood spot yang buat aku risau sangat-sangat. Sudahlah aku berjalan bagai nak rak, bershopping bagai, di tambah pula dengan batuk aku yang tak baik-baik. Aku kena batuk sejak awal pregnancy. So aku balik jer terus jumpe doctor. Doctor said semua ok dan aku pun rasa ok.

May 29, aku ade follow up dengan my Gynae (Doktor Sakit Puan) dekat KPJ Selangor. Macam biasalah aku jumpa doctor Siti Esah. Kali ni aku siap bawa anak-anak sekali sbb dorang teruja nak tengok baby. So masuk jer bilik Dr Siti, mula-mula borak-borak then dia suruh baring utk buat ultrasound sbb nak tgk fetus progress. Scan punya scan tetiba Dr Siti kata baik-baik kat husband "suami... sila bawa anak-anak keluar yer... ada masalah sikit"........ ketika itu juga aku suspend.. anak-anak terus tertanya-tanya.

"Hasni, your baby dah tak nampak, hanya tinggal sarung jer..." whatttttt!! aku mmg sedih time tu. Aku tanya doc betul ke?. Doc cakap kita tunggu lagi seminggu tapi saya tak beri kamu apa-apa harapan. But doc, i still feel pregnant! Aku terasa nak menangis. Muka aku rasa merah tapi aku tahan. Doc bagi nasihat dekat aku agar bersedia utuk menerima sebarang kemungkinan. Aku angguk tanpa faham. Lidah pun kelu sampai tak bercakap apa-apa pun bila hubby tanya. Lepas ambil ubat dan bayar bil kami pun pulang. Aku pasrah :(

Sampai rumah baru hubby berani tanya lagi. What happened?? I just told him what had doctor said to me. Suddenly, aku tak puas hati. Cakap dengan hubby, malam ni aku nak pergi klinik biasa pulak. Kalau pergi jumpa specialist scan tak nampak, mana tau doctor biasa boleh nampak. Aku immediately duduk depan komputer baca pasal "empty sac, molar pregnancy and miscarriage issues". Seriously aku memang sedih masa ni. Sebabnya masa 1st ultrasound at 14th May kami nampak fetus tu and it was growing. Macam-macam aku dan hubby tanya kat doc, kenapa, mengapa dan punca berlakunya keguguran. Doctor cakap ia mungkin disebabkan fetus itu sendiri yg tak perfect or the mother tak sihat masa awal-awal pregnancy dan macam-macam lagi yang tak mampu aku nak tulis semuanya.

Setelah hampir setengah hari aku mencari information and gain my knowledge. Aku terus cakap dengan hubby nak ke klinik sekarang. Mean aku nak pergi klinik malam tu jugak (Sabtu malam Ahad). So we all started cari klinik dari Section 27 ke Alam Megah semua klinik takde doctor yang boleh buat ultrasound. Dorang ade machine tu cuma doctor berkenaan tak bertugas waktu malam, lagi-lagilah malam minggu.

Aku belum give up lagi, tidak sama sekali, ajak hubby pergi section 19 pulak. Singgah ke klinik Noor Hajar. It was abt 9.40pm. Dah lewat sangat aku rasa untuk scan menye-can ni. Then budak klinik tu cakap pergi their branch kat Section 18. Time tu jugak hubby speeding sbb nak reach there before 10pm.

Akhirnya sampai juga aku. Jumpa Dr Zarina. She is a nice doctor, sangat baik. Orangnya dah berumur tapi mmg mahir dalam kes sakit puan ni. Dr Zarina scan dan tiba-tiba kami nampak fetus tu. Sangat jelas. Alhamdulillah......... aku sangat-sangat bersyukur. Dr Zarina cakap memang kadang-kadang kes macam ni berlaku. Dan yang pastinya aku ade semangat baru...... aku bersyukur sangat-sangat dah melangkah dengan hati yg tenang !

to be continued

Sunday, April 25, 2010

Medan Ikan Bakar Jeram Kuala Selangor ( Pantai Remis )

How to go to Medan Ikan Bakar Jeram from Shah Alam??



Untuk kawan-kawan yang rasa tak tahu nak ke sana, mari saya kongsikan pengalaman saya. Memulakan perjalanan dari Shah Alam Seksyen 20 / Pinggiran USJ, kami menggunakan highway depan Jusco Bukit Raja, Klang. Tol yang pertama keep left, follow signboard ke Pelabuhan Klang Utara dan tak perlu bayar tol. Jumpa tol yang kedua, tak perlu bayar tol lagi dan still follow Pelabuhan Klang Utara till sampai tol yang ketiga, dan exit kat situ (anda akan jumpa kilang bata depan traffic light). From traffic lite sila amik kanan dan terussssssss (jauhhhh juga ya dalam 20-25km to go from there).


Next, jika anda nampak signboard Sg Sembilang, so anda berada di jalan yang betul. Terus lagi sehingga nampak 4-junction, (dekat sini dah ade signboard tulis Medan Ikan Bakar) amik kiri dan terus (jln kampung) dan yeahhh anda telah sampai !

Nak buat booking? sila2lah call this number k

Ni lah Restaurant nya.


The Activities

Sampai jek kat sana, kami memulakan sesi memilih seafoods, fikir2 apa la nak try kali ni. Sebenarnya dari rumah lagi saya dah plan nak makan ketam, sbb baru-baru ni beli ketam kat Giant dah la tak fresh ada yang almost busuk !!! geram betul. so kira ni nak lepas geram aka balas dendam jugaklah. Tapi akan la nak makan Ketam semata kan? hehe

Ikan-ikan segar

Sotong & ketam mmg fresh !

Udang Tampang / Udang Laut

So, saya ambil 2 ekor Ketam size XL, Udang Putih XL 10 ekor, Sotong Size L 2 ekor, Ikan Kembung Size M 2 ekor.


Udang 5 ekor = Butter Prawn

Sotong 1 ekor + Udang 5 ekor = Tomyam

Sotong 1 ekor = masak kicap

Ikan Kembung 2 ekor = Bakar

Ketam 2 ekor = Goreng Bercili

Air 3, Nasi 3.

Sotong Masak Kicap

Tomyam udang + sotong

ketam goreng cili

ikan kembung bakar

tgh membelasah ketam hehe
Sorrylah butter prawn sampai lewat so lupe nak snap the pic. In total they charged us rm65-00 net (for me it's really cheap wooo!!) Hidangan ni bole makan up to 5 persons.


Kali ni kalau saya compare dengan trip yang terdahulu iaitu makan kat Aroma Ikan Bakar. Di sini jauh lagi sedap dan murah. Dan yang paling penting, surau dan toilet pun selesa/bersih. ( I really concern abt these two)

Sebelum hidangan sampai sempat juga kami menikmati keindahan alam semulajadi kat sini. Ada beberapa ekor burung Pucung dan Bangau sedang mencari makanan. Ada juga ikan Temakul sedang leka berehat-rehat di gigi air. Pemandangan ketika sunset juga amat menarik, tak payah pergi Bali, kat Malaysia pun ok juga ;-) These photos tell you everything


Ikan Temakul

Bangau Putih

Burung Pucung

Burung Pucung tgh men'usha' ikan
sunset view was so amazing !

Wednesday, April 21, 2010

love Chocolate?

Yes, I love chocolate but i don't like milk. So how to consume chocolate without milk? Does it sounds weird? Yes it is !!

I can list down how many chocolate in the market that i can eat...
  1. Ferrero Rocher;
  2. Ferrero Rocher;
  3. Ferrero Rocher
haha that's only the brand, so far i can take.... sorry to chocolate lover, I can't join your crowd. I am so selective in choosing chocolate ;-) I have to make sure the chocolate contain no milk taste or smell.

Out of curiousity, since in this pack has no halal logo, do you think it's halal?? I have stopped to take FR after read somewhere and doubt about the status. hmmm

This pic has taken in Langkawi Oct 2009

Hidup Adalah Sementara Dan Akhirat Adalah Selamanya

Tak tahu dimana haruskan aku mulakan. Sekadar ingin berkongsi perasaan yang tidak keruan. Setelah beberapa ketika ni berbagai khabar berita mengenai kematian express tak kiralah para artis atau orang biasa, di tambah lagi bencana alam yg boleh di katakan hari2 kita dengari... aku terasa seperti insaf pula.

Bermacam-macam yang aku fikirkan. Bagaimana kiranya jika Allah mengambil nyawaku tatkala aku masih belum puas melakukan kebaikan di atas muka bumi ini, belum pula habis melunaskan hutang, belum memohon maaf juga pada orang yg kiranya pernah aku sakiti, belum juga menjalankan amanah yang diberi, tidak menutup aurat dgn sempurna dan berbagai2 lagi tanggungjawab.... oh sungguh ia sangat menakutkan.

Manusia selalu mengatakan "aku adalah manusia dan bukan malaikat". Oleh itu mereka tak bisa lari dari dosa2 kerana itulah fitrah seorang manusia. Sebenarnya bila di hitung2, aku juga selalu menggunakan alasan tersebut. Secara rasionalnya, itu bukanlah alasan yang kukuh sekiranya kita sudah diberikan akal fikiran untuk berfikir, diberikan ilmu sejak kecil untuk menilai baik buruk, juga mempunyai pengalaman yg ditimba selama mana kita hidup di bumi Allah swt ini.

Sebagai manusia yang hina ini, aku juga mempunyai iman yang tipis-setipisnya. Tetapi memohon padaNya agar diberikan petunjuk untuk menambahkan iman di dada ini sebagai persediaan menempuhi alam yang kekal iaitu di akhirat nanti. InsyaAllah.

Utk renungan

Tuhanku
aku tidak layak untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
tak sanggup menanggung
seksa nerakaMu.
dari itu kurniakanlah
keampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
dengan rahmatMu
ampunkan daku..
Oh Tuhanku.....

Friday, April 16, 2010

David After Dentist

I just went through one website talking about David. Then i tried to find it in you tube..



haha it's funny dude!!

Friday, April 9, 2010

Exam lagi

what can i say, exam is coming again... i can't skip it so what shall i do is study smart not hard okey!!

Sunday, April 4, 2010

Sepetang di Jalan TAR, Jalan Masjid India & Pasar Malam Jln TAR

Semalam, masa lepak2 kat umah tetiba rasa nak gi jalan-jalan. hubby tanya nak kemana? aku cakap nak gi Jln Masjid India la nak tgk tudung. Cam dah lama x beli tudung hehehe..

So smlm, four of us pun siap-siap, drive from Shah Alam towards Tmn Jaya (Amcorp Mall) amik LRT dr situ. senang sket. Anak-anak mmg la suka kalau dapat naik train. Rasanya setahun sekali jek bawa dorang either naik komuter or LRT. actually mama + abah tak larat la nak bersesak2 sayang oii... lagipun time belajar dulu mama dah puas dah naik train ;-)

Tambang dr Tmn Jaya ke Masjid Jamek hanya RM2 per head. so, kami perlu bayar RM6 sahaja sebab adik tak kena tambang. Bawah 7 tahun free. So jimat RM2.

Sampai kat jalan Masjid India tgk sana sini, tudung mmg canteekk. harga pun murah... adussss !! abihlah camni... jalan lagi cek sana, cek sini... tgk rege + tgk kualiti... so dah tau dah kat mane nak beli... aim dulu nnt ms nak balik baru beli...

then, ajak hubby gi psr mlm Jalan TAR... last makan kat situ tahun 1998 dgn member2 sekolah dulu... mmg sah2 mengimbau kenangan tul la... so kami pun singgah kat one stall ni jual laksa... maka dinner laksa la mlm tadi... burlpp kenyang alhamdulillah

Sorrylah tak snap pun pic kat Jalan TAR sbb pk kang org ingat saya jakun lak haha.. so malas lah... tp hasil tangkapan punya gambar adalah... sumenye mmg murah !!

Lepas solat maghrib kat Masjid India, kami pun bertolak pulang.... yahooooooo dpt jalannnnnnn !! ;-)

oh pictures anak2ku yang semakin gelap sebab asik attend swimming class jer :)


Shawl + anak tudung syria = RM10 shj

Syria baru kain lycra rm28 net, tudung dlm dia dwi colour tau

Shopping Time?

Yesterday, i was thinking to buy new shoes. This is due to some of my shoes have torn. So i have no choice either to buy a new one or just send the old one for repair. but i choosed to buy a new one hehe.

After brought back to home, someone has tested and tried my shoes like the shoes is her's... arghhhhhhhhhhh tension!

i just held the camera and she simply acted like these !!


I bought it at the Curve, Mutiara Damansara. As i mentioned earlier, my feet are exactly the biggest size for asian people, so i own size 8 for all kind of shoes. lantaklah orang nak kata besar bagak ke, this is anugerah from Allah, i accept it with no harm.


Wednesday, March 31, 2010

am I tired?

Wonder, why now every day i feel like have no energy. I feel tired, sleepy, no mood and slow like siput. what happen to me actually? i also can't figure it out.

maybe i need to change the working environment coz I've been working in the same company for 5 years.... oh tuhan... ^_^

Bila Dia Merajuk

Adik memang kuat merajuk. Sikit-sikit pun nak merajuk, dah lah kalau merajuk susah nak pujuk! kena offer something yang dia suka barulah kebah rajuknya. Kalau tak, susahlah. Ni kes merajuk pasal tak sabar2 nak gi swimming class. Mama cakap belum lg baru pukul 3, sibuk dia nak siap. Kelas start pukul 4 la sayang. some more tak yah gi awal sbb bukan jauh pun.

actually, dorang ni dah dekat 5 months enroll swimming class tp dia punya excited mcm baru first time. Budak2 memang suka main air. Class belum mula, kat umah pun dia nak practise. Berenang atas lantai jek la yer haha.. tgk ni dah siap pakai goggle nya lg !!

Ok are you ready??? Let's go babe!! hehe


Monday, March 29, 2010

What I have brought back from Pekan Nenas?

Pineapple Replica at Pekan Nenas

what else? for sure the pineapples which is so famous there. FYI, below are Nenas Sarawak, if i'm not mistaken. They also sell nenas Moris (mcm yg selalu jual kat kedai runcit or supermarket here) for RM0.80 each but it's much bigger than yg selalu beli tu.
RM10 for 6 pineapples? wooww!! the size is not a small size k !
So sape2 yg nak jln2 ke Johor, singgahlah ke Pekan Nenas yer... bole beli nenas kasi sedara mara sket ;-)

New Born - episode 2


Ayuna Balqis

My sister first baby has just born last week. I can't remember the date, but when i visited her, the baby just turned 1 week. They live at Pekan Nenas, Pontian and it took 5 hours from KL to reach there.
I felt like missing when my daughters were small. Now they have grown up and i just realised the time flies so fast :(

btw, congratulation to my sister Rina & her husband for their new born ;-) May Allah bless your family all the time.

UK Education Fair 2010 @ KLCC

Some brochures that i have brought back ;-)

Post graduate programmes offered by at least 30 Universities at UK

Impian setinggi KLCC

I had visited UK Education Fair @ KLCC on 21st March. It was so interesting and made me so excited to make my dream come true ;-)

Some universities that i really wanted to go are Leicester, Leeds, Nottingham or Wales. Thinking to pursue my MBA abroad.... hahaha but i've no money ;-) It's ok, at least i have a plan to move forward. I should stick to my dream. no matter how hard let's Allah show me the way.

So my mission now "HOW TO GET RM100,000 WITHIN A YEAR" coz i wanted to go next year?? I'm not intend to ask for scholarship tp kalo ade yg nak kasi bole jugak kih kih kih

Thursday, March 25, 2010

sibuk giler

since i'm so busy right now sbb byk keje yg teramat sangat... blog akan di update kemudian yer.. hehe

Tuesday, March 23, 2010

Kopi Tahi Musang, are you dare to try?


Do you like to drink coffee? why not you try this Kopi Tahi Musang (fox shit coffee) or Kopi Luwak. I found it when visited Bali couple years ago. This coffee is very popular in Indonesia and the price is the most expensive than other coffee in this world.

Why did they say this coffee is the best? It's because the foxes are choosing only male coffee seeds to eat. The male coffee seeds are the best taste, some more after eaten and digest by foxes they took and roasted it.



If you got a chance to visit Bali or any other city in Indonesia, you must to try this coffee. It's expensive but worth to try. :)

This pic has taken at the Kopi Luwak Shop @ Bali

Monday, March 22, 2010

Craving for Durian - again and again





I did mention in my FB that I am Durian's fan. I am so fanatic to durian. I dont care what will people say abt me. I just be myself and honestly i luv it ;-)

Today i feel like missing them. so, I went to pasar malam near to my hubby's office, unfortunately i didn't see any :(

so sad coz i really wish to get at least one. so tonite i just can layan the old pics :(:(:(

New Born

Alhamdulillah. My sister, Rina telah selamat melahirkan anak sulungnya semalam tepat pukul 6.25pm @ Hospital Sultanah Aminah, JB. She got baby girl.

Tak sabar nak gi melawat weekend ni ;-)

Saturday, March 20, 2010

I-City Shah Alam Section 7


My hubby punyalah bengang pastuh siap marah2 lagi kata sapalah suruh pergi tempat yang crowded macamni. manalah kita tau kan tempat ni ramailah sangat peminatnya. kami sampai dalam pukul 9 malam, tp sebabkan jem kat tempat parking maka, dekat 9.30 baru leh turun utk "walk" kat I-city ni


Bila tengok lampu2 yang cantik2 dan pemandangan yang indah terubatlah sikit hati yang luka sbb kena marah, tapi still tension sbb orang ramailah sangat. sampai nak snap pic pun susah giler! Alhamdulillah hujan turun renyai2 tp terhadlah sikit "walk" kami. :(


My daughters mmg seronok kat sini. happy dpt tgk lampu warna-warni. ok kan mama bawa kat sini ?




banyak lagi pics kalau nak share tp tak larat dah nak upload. lain kali la yer ;-)