Pages

Monday, June 21, 2010

Kehadiranmu Tidak Ku Nanti, Pemergianmu Aku Tangisi

Part 1

Setelah sekian lama aku hidup berempat, aku, hubby dan dua anak dara kesayangan itu. Kami dikhabarkan dengan berita gembira apabila aku disahkan hamil anak ke-3. Macam-macam perasaan bermain difikiranku. Gembira, bahagia, teruja dan semuanya sukar nak dijelaskan dengan kata-kata. Sememangnya aku merancang dan Allah lah yang menentukan segalanya. Khabar berita itu aku kongsikan dengan ahli keluarga dan teman-teman rapat. Aku disahkan hamil pada 28th March 2010 = 6 weeks. Alhamdulillah aku bersyukur setelah 5 tahun perut ini tidak berisi, akhirnya Allah beri jua ia kepada aku walaupun pada mulanya aku plan nak dapat anak next year.

Pada awal May, badan aku telah mula mengeluarkan hormon-hormon wanita mengandung. Berat badan pun naik dan macam2 lagi yg for sure aku tak kan disclose kat sini sbb orang perempuan jer yang tau hehehe..

Trip ke Medan.

Aku sudah berjanji dengan kawan aku untuk ke Medan. Trip kali ini hanya more to JJCM. Aku berlepas ke Medan bersama dia (perempuan yer) pada 18 May 2010. Beberapa hari di Medan aku perasan ada blood spot yang buat aku risau sangat-sangat. Sudahlah aku berjalan bagai nak rak, bershopping bagai, di tambah pula dengan batuk aku yang tak baik-baik. Aku kena batuk sejak awal pregnancy. So aku balik jer terus jumpe doctor. Doctor said semua ok dan aku pun rasa ok.

May 29, aku ade follow up dengan my Gynae (Doktor Sakit Puan) dekat KPJ Selangor. Macam biasalah aku jumpa doctor Siti Esah. Kali ni aku siap bawa anak-anak sekali sbb dorang teruja nak tengok baby. So masuk jer bilik Dr Siti, mula-mula borak-borak then dia suruh baring utk buat ultrasound sbb nak tgk fetus progress. Scan punya scan tetiba Dr Siti kata baik-baik kat husband "suami... sila bawa anak-anak keluar yer... ada masalah sikit"........ ketika itu juga aku suspend.. anak-anak terus tertanya-tanya.

"Hasni, your baby dah tak nampak, hanya tinggal sarung jer..." whatttttt!! aku mmg sedih time tu. Aku tanya doc betul ke?. Doc cakap kita tunggu lagi seminggu tapi saya tak beri kamu apa-apa harapan. But doc, i still feel pregnant! Aku terasa nak menangis. Muka aku rasa merah tapi aku tahan. Doc bagi nasihat dekat aku agar bersedia utuk menerima sebarang kemungkinan. Aku angguk tanpa faham. Lidah pun kelu sampai tak bercakap apa-apa pun bila hubby tanya. Lepas ambil ubat dan bayar bil kami pun pulang. Aku pasrah :(

Sampai rumah baru hubby berani tanya lagi. What happened?? I just told him what had doctor said to me. Suddenly, aku tak puas hati. Cakap dengan hubby, malam ni aku nak pergi klinik biasa pulak. Kalau pergi jumpa specialist scan tak nampak, mana tau doctor biasa boleh nampak. Aku immediately duduk depan komputer baca pasal "empty sac, molar pregnancy and miscarriage issues". Seriously aku memang sedih masa ni. Sebabnya masa 1st ultrasound at 14th May kami nampak fetus tu and it was growing. Macam-macam aku dan hubby tanya kat doc, kenapa, mengapa dan punca berlakunya keguguran. Doctor cakap ia mungkin disebabkan fetus itu sendiri yg tak perfect or the mother tak sihat masa awal-awal pregnancy dan macam-macam lagi yang tak mampu aku nak tulis semuanya.

Setelah hampir setengah hari aku mencari information and gain my knowledge. Aku terus cakap dengan hubby nak ke klinik sekarang. Mean aku nak pergi klinik malam tu jugak (Sabtu malam Ahad). So we all started cari klinik dari Section 27 ke Alam Megah semua klinik takde doctor yang boleh buat ultrasound. Dorang ade machine tu cuma doctor berkenaan tak bertugas waktu malam, lagi-lagilah malam minggu.

Aku belum give up lagi, tidak sama sekali, ajak hubby pergi section 19 pulak. Singgah ke klinik Noor Hajar. It was abt 9.40pm. Dah lewat sangat aku rasa untuk scan menye-can ni. Then budak klinik tu cakap pergi their branch kat Section 18. Time tu jugak hubby speeding sbb nak reach there before 10pm.

Akhirnya sampai juga aku. Jumpa Dr Zarina. She is a nice doctor, sangat baik. Orangnya dah berumur tapi mmg mahir dalam kes sakit puan ni. Dr Zarina scan dan tiba-tiba kami nampak fetus tu. Sangat jelas. Alhamdulillah......... aku sangat-sangat bersyukur. Dr Zarina cakap memang kadang-kadang kes macam ni berlaku. Dan yang pastinya aku ade semangat baru...... aku bersyukur sangat-sangat dah melangkah dengan hati yg tenang !

to be continued

Sunday, April 25, 2010

Medan Ikan Bakar Jeram Kuala Selangor ( Pantai Remis )

How to go to Medan Ikan Bakar Jeram from Shah Alam??



Untuk kawan-kawan yang rasa tak tahu nak ke sana, mari saya kongsikan pengalaman saya. Memulakan perjalanan dari Shah Alam Seksyen 20 / Pinggiran USJ, kami menggunakan highway depan Jusco Bukit Raja, Klang. Tol yang pertama keep left, follow signboard ke Pelabuhan Klang Utara dan tak perlu bayar tol. Jumpa tol yang kedua, tak perlu bayar tol lagi dan still follow Pelabuhan Klang Utara till sampai tol yang ketiga, dan exit kat situ (anda akan jumpa kilang bata depan traffic light). From traffic lite sila amik kanan dan terussssssss (jauhhhh juga ya dalam 20-25km to go from there).


Next, jika anda nampak signboard Sg Sembilang, so anda berada di jalan yang betul. Terus lagi sehingga nampak 4-junction, (dekat sini dah ade signboard tulis Medan Ikan Bakar) amik kiri dan terus (jln kampung) dan yeahhh anda telah sampai !

Nak buat booking? sila2lah call this number k

Ni lah Restaurant nya.


The Activities

Sampai jek kat sana, kami memulakan sesi memilih seafoods, fikir2 apa la nak try kali ni. Sebenarnya dari rumah lagi saya dah plan nak makan ketam, sbb baru-baru ni beli ketam kat Giant dah la tak fresh ada yang almost busuk !!! geram betul. so kira ni nak lepas geram aka balas dendam jugaklah. Tapi akan la nak makan Ketam semata kan? hehe

Ikan-ikan segar

Sotong & ketam mmg fresh !

Udang Tampang / Udang Laut

So, saya ambil 2 ekor Ketam size XL, Udang Putih XL 10 ekor, Sotong Size L 2 ekor, Ikan Kembung Size M 2 ekor.


Udang 5 ekor = Butter Prawn

Sotong 1 ekor + Udang 5 ekor = Tomyam

Sotong 1 ekor = masak kicap

Ikan Kembung 2 ekor = Bakar

Ketam 2 ekor = Goreng Bercili

Air 3, Nasi 3.

Sotong Masak Kicap

Tomyam udang + sotong

ketam goreng cili

ikan kembung bakar

tgh membelasah ketam hehe
Sorrylah butter prawn sampai lewat so lupe nak snap the pic. In total they charged us rm65-00 net (for me it's really cheap wooo!!) Hidangan ni bole makan up to 5 persons.


Kali ni kalau saya compare dengan trip yang terdahulu iaitu makan kat Aroma Ikan Bakar. Di sini jauh lagi sedap dan murah. Dan yang paling penting, surau dan toilet pun selesa/bersih. ( I really concern abt these two)

Sebelum hidangan sampai sempat juga kami menikmati keindahan alam semulajadi kat sini. Ada beberapa ekor burung Pucung dan Bangau sedang mencari makanan. Ada juga ikan Temakul sedang leka berehat-rehat di gigi air. Pemandangan ketika sunset juga amat menarik, tak payah pergi Bali, kat Malaysia pun ok juga ;-) These photos tell you everything


Ikan Temakul

Bangau Putih

Burung Pucung

Burung Pucung tgh men'usha' ikan
sunset view was so amazing !

Wednesday, April 21, 2010

love Chocolate?

Yes, I love chocolate but i don't like milk. So how to consume chocolate without milk? Does it sounds weird? Yes it is !!

I can list down how many chocolate in the market that i can eat...
  1. Ferrero Rocher;
  2. Ferrero Rocher;
  3. Ferrero Rocher
haha that's only the brand, so far i can take.... sorry to chocolate lover, I can't join your crowd. I am so selective in choosing chocolate ;-) I have to make sure the chocolate contain no milk taste or smell.

Out of curiousity, since in this pack has no halal logo, do you think it's halal?? I have stopped to take FR after read somewhere and doubt about the status. hmmm

This pic has taken in Langkawi Oct 2009

Hidup Adalah Sementara Dan Akhirat Adalah Selamanya

Tak tahu dimana haruskan aku mulakan. Sekadar ingin berkongsi perasaan yang tidak keruan. Setelah beberapa ketika ni berbagai khabar berita mengenai kematian express tak kiralah para artis atau orang biasa, di tambah lagi bencana alam yg boleh di katakan hari2 kita dengari... aku terasa seperti insaf pula.

Bermacam-macam yang aku fikirkan. Bagaimana kiranya jika Allah mengambil nyawaku tatkala aku masih belum puas melakukan kebaikan di atas muka bumi ini, belum pula habis melunaskan hutang, belum memohon maaf juga pada orang yg kiranya pernah aku sakiti, belum juga menjalankan amanah yang diberi, tidak menutup aurat dgn sempurna dan berbagai2 lagi tanggungjawab.... oh sungguh ia sangat menakutkan.

Manusia selalu mengatakan "aku adalah manusia dan bukan malaikat". Oleh itu mereka tak bisa lari dari dosa2 kerana itulah fitrah seorang manusia. Sebenarnya bila di hitung2, aku juga selalu menggunakan alasan tersebut. Secara rasionalnya, itu bukanlah alasan yang kukuh sekiranya kita sudah diberikan akal fikiran untuk berfikir, diberikan ilmu sejak kecil untuk menilai baik buruk, juga mempunyai pengalaman yg ditimba selama mana kita hidup di bumi Allah swt ini.

Sebagai manusia yang hina ini, aku juga mempunyai iman yang tipis-setipisnya. Tetapi memohon padaNya agar diberikan petunjuk untuk menambahkan iman di dada ini sebagai persediaan menempuhi alam yang kekal iaitu di akhirat nanti. InsyaAllah.

Utk renungan

Tuhanku
aku tidak layak untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
tak sanggup menanggung
seksa nerakaMu.
dari itu kurniakanlah
keampunan kepadaku
ampunkanlah dosaku
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
dengan rahmatMu
ampunkan daku..
Oh Tuhanku.....

Friday, April 16, 2010

David After Dentist

I just went through one website talking about David. Then i tried to find it in you tube..



haha it's funny dude!!

Friday, April 9, 2010

Exam lagi

what can i say, exam is coming again... i can't skip it so what shall i do is study smart not hard okey!!

Sunday, April 4, 2010

Sepetang di Jalan TAR, Jalan Masjid India & Pasar Malam Jln TAR

Semalam, masa lepak2 kat umah tetiba rasa nak gi jalan-jalan. hubby tanya nak kemana? aku cakap nak gi Jln Masjid India la nak tgk tudung. Cam dah lama x beli tudung hehehe..

So smlm, four of us pun siap-siap, drive from Shah Alam towards Tmn Jaya (Amcorp Mall) amik LRT dr situ. senang sket. Anak-anak mmg la suka kalau dapat naik train. Rasanya setahun sekali jek bawa dorang either naik komuter or LRT. actually mama + abah tak larat la nak bersesak2 sayang oii... lagipun time belajar dulu mama dah puas dah naik train ;-)

Tambang dr Tmn Jaya ke Masjid Jamek hanya RM2 per head. so, kami perlu bayar RM6 sahaja sebab adik tak kena tambang. Bawah 7 tahun free. So jimat RM2.

Sampai kat jalan Masjid India tgk sana sini, tudung mmg canteekk. harga pun murah... adussss !! abihlah camni... jalan lagi cek sana, cek sini... tgk rege + tgk kualiti... so dah tau dah kat mane nak beli... aim dulu nnt ms nak balik baru beli...

then, ajak hubby gi psr mlm Jalan TAR... last makan kat situ tahun 1998 dgn member2 sekolah dulu... mmg sah2 mengimbau kenangan tul la... so kami pun singgah kat one stall ni jual laksa... maka dinner laksa la mlm tadi... burlpp kenyang alhamdulillah

Sorrylah tak snap pun pic kat Jalan TAR sbb pk kang org ingat saya jakun lak haha.. so malas lah... tp hasil tangkapan punya gambar adalah... sumenye mmg murah !!

Lepas solat maghrib kat Masjid India, kami pun bertolak pulang.... yahooooooo dpt jalannnnnnn !! ;-)

oh pictures anak2ku yang semakin gelap sebab asik attend swimming class jer :)


Shawl + anak tudung syria = RM10 shj

Syria baru kain lycra rm28 net, tudung dlm dia dwi colour tau