How to go to Medan Ikan Bakar Jeram from Shah Alam??
Untuk kawan-kawan yang rasa tak tahu nak ke sana, mari saya kongsikan pengalaman saya. Memulakan perjalanan dari Shah Alam Seksyen 20 / Pinggiran USJ, kami menggunakan highway depan Jusco Bukit Raja, Klang. Tol yang pertama keep left, follow signboard ke Pelabuhan Klang Utara dan tak perlu bayar tol. Jumpa tol yang kedua, tak perlu bayar tol lagi dan still follow Pelabuhan Klang Utara till sampai tol yang ketiga, dan exit kat situ (anda akan jumpa kilang bata depan traffic light). From traffic lite sila amik kanan dan terussssssss (jauhhhh juga ya dalam 20-25km to go from there).
Next, jika anda nampak signboard Sg Sembilang, so anda berada di jalan yang betul. Terus lagi sehingga nampak 4-junction, (dekat sini dah ade signboard tulis Medan Ikan Bakar) amik kiri dan terus (jln kampung) dan yeahhh anda telah sampai !
Nak buat booking? sila2lah call this number k
Ni lah Restaurant nya.
The Activities
Sotong & ketam mmg fresh !
The Activities
Sampai jek kat sana, kami memulakan sesi memilih seafoods, fikir2 apa la nak try kali ni. Sebenarnya dari rumah lagi saya dah plan nak makan ketam, sbb baru-baru ni beli ketam kat Giant dah la tak fresh ada yang almost busuk !!! geram betul. so kira ni nak lepas geram aka balas dendam jugaklah. Tapi akan la nak makan Ketam semata kan? hehe
Ikan-ikan segarSotong & ketam mmg fresh !
Udang Tampang / Udang Laut
So, saya ambil 2 ekor Ketam size XL, Udang Putih XL 10 ekor, Sotong Size L 2 ekor, Ikan Kembung Size M 2 ekor.
Udang 5 ekor = Butter Prawn
Sotong 1 ekor + Udang 5 ekor = Tomyam
Sotong 1 ekor = masak kicap
Ikan Kembung 2 ekor = Bakar
Ketam 2 ekor = Goreng Bercili
Air 3, Nasi 3.
Sotong Masak Kicap
Tomyam udang + sotong
ketam goreng cili
Ikan Temakul
Tomyam udang + sotong
ketam goreng cili
Sorrylah butter prawn sampai lewat so lupe nak snap the pic. In total they charged us rm65-00 net (for me it's really cheap wooo!!) Hidangan ni bole makan up to 5 persons.
Kali ni kalau saya compare dengan trip yang terdahulu iaitu makan kat Aroma Ikan Bakar. Di sini jauh lagi sedap dan murah. Dan yang paling penting, surau dan toilet pun selesa/bersih. ( I really concern abt these two)
Sebelum hidangan sampai sempat juga kami menikmati keindahan alam semulajadi kat sini. Ada beberapa ekor burung Pucung dan Bangau sedang mencari makanan. Ada juga ikan Temakul sedang leka berehat-rehat di gigi air. Pemandangan ketika sunset juga amat menarik, tak payah pergi Bali, kat Malaysia pun ok juga ;-) These photos tell you everything
Sebelum hidangan sampai sempat juga kami menikmati keindahan alam semulajadi kat sini. Ada beberapa ekor burung Pucung dan Bangau sedang mencari makanan. Ada juga ikan Temakul sedang leka berehat-rehat di gigi air. Pemandangan ketika sunset juga amat menarik, tak payah pergi Bali, kat Malaysia pun ok juga ;-) These photos tell you everything