Pages

Monday, June 21, 2010

Kehadiranmu Tidak Ku Nanti, Pemergianmu Aku Tangisi

Part 1

Setelah sekian lama aku hidup berempat, aku, hubby dan dua anak dara kesayangan itu. Kami dikhabarkan dengan berita gembira apabila aku disahkan hamil anak ke-3. Macam-macam perasaan bermain difikiranku. Gembira, bahagia, teruja dan semuanya sukar nak dijelaskan dengan kata-kata. Sememangnya aku merancang dan Allah lah yang menentukan segalanya. Khabar berita itu aku kongsikan dengan ahli keluarga dan teman-teman rapat. Aku disahkan hamil pada 28th March 2010 = 6 weeks. Alhamdulillah aku bersyukur setelah 5 tahun perut ini tidak berisi, akhirnya Allah beri jua ia kepada aku walaupun pada mulanya aku plan nak dapat anak next year.

Pada awal May, badan aku telah mula mengeluarkan hormon-hormon wanita mengandung. Berat badan pun naik dan macam2 lagi yg for sure aku tak kan disclose kat sini sbb orang perempuan jer yang tau hehehe..

Trip ke Medan.

Aku sudah berjanji dengan kawan aku untuk ke Medan. Trip kali ini hanya more to JJCM. Aku berlepas ke Medan bersama dia (perempuan yer) pada 18 May 2010. Beberapa hari di Medan aku perasan ada blood spot yang buat aku risau sangat-sangat. Sudahlah aku berjalan bagai nak rak, bershopping bagai, di tambah pula dengan batuk aku yang tak baik-baik. Aku kena batuk sejak awal pregnancy. So aku balik jer terus jumpe doctor. Doctor said semua ok dan aku pun rasa ok.

May 29, aku ade follow up dengan my Gynae (Doktor Sakit Puan) dekat KPJ Selangor. Macam biasalah aku jumpa doctor Siti Esah. Kali ni aku siap bawa anak-anak sekali sbb dorang teruja nak tengok baby. So masuk jer bilik Dr Siti, mula-mula borak-borak then dia suruh baring utk buat ultrasound sbb nak tgk fetus progress. Scan punya scan tetiba Dr Siti kata baik-baik kat husband "suami... sila bawa anak-anak keluar yer... ada masalah sikit"........ ketika itu juga aku suspend.. anak-anak terus tertanya-tanya.

"Hasni, your baby dah tak nampak, hanya tinggal sarung jer..." whatttttt!! aku mmg sedih time tu. Aku tanya doc betul ke?. Doc cakap kita tunggu lagi seminggu tapi saya tak beri kamu apa-apa harapan. But doc, i still feel pregnant! Aku terasa nak menangis. Muka aku rasa merah tapi aku tahan. Doc bagi nasihat dekat aku agar bersedia utuk menerima sebarang kemungkinan. Aku angguk tanpa faham. Lidah pun kelu sampai tak bercakap apa-apa pun bila hubby tanya. Lepas ambil ubat dan bayar bil kami pun pulang. Aku pasrah :(

Sampai rumah baru hubby berani tanya lagi. What happened?? I just told him what had doctor said to me. Suddenly, aku tak puas hati. Cakap dengan hubby, malam ni aku nak pergi klinik biasa pulak. Kalau pergi jumpa specialist scan tak nampak, mana tau doctor biasa boleh nampak. Aku immediately duduk depan komputer baca pasal "empty sac, molar pregnancy and miscarriage issues". Seriously aku memang sedih masa ni. Sebabnya masa 1st ultrasound at 14th May kami nampak fetus tu and it was growing. Macam-macam aku dan hubby tanya kat doc, kenapa, mengapa dan punca berlakunya keguguran. Doctor cakap ia mungkin disebabkan fetus itu sendiri yg tak perfect or the mother tak sihat masa awal-awal pregnancy dan macam-macam lagi yang tak mampu aku nak tulis semuanya.

Setelah hampir setengah hari aku mencari information and gain my knowledge. Aku terus cakap dengan hubby nak ke klinik sekarang. Mean aku nak pergi klinik malam tu jugak (Sabtu malam Ahad). So we all started cari klinik dari Section 27 ke Alam Megah semua klinik takde doctor yang boleh buat ultrasound. Dorang ade machine tu cuma doctor berkenaan tak bertugas waktu malam, lagi-lagilah malam minggu.

Aku belum give up lagi, tidak sama sekali, ajak hubby pergi section 19 pulak. Singgah ke klinik Noor Hajar. It was abt 9.40pm. Dah lewat sangat aku rasa untuk scan menye-can ni. Then budak klinik tu cakap pergi their branch kat Section 18. Time tu jugak hubby speeding sbb nak reach there before 10pm.

Akhirnya sampai juga aku. Jumpa Dr Zarina. She is a nice doctor, sangat baik. Orangnya dah berumur tapi mmg mahir dalam kes sakit puan ni. Dr Zarina scan dan tiba-tiba kami nampak fetus tu. Sangat jelas. Alhamdulillah......... aku sangat-sangat bersyukur. Dr Zarina cakap memang kadang-kadang kes macam ni berlaku. Dan yang pastinya aku ade semangat baru...... aku bersyukur sangat-sangat dah melangkah dengan hati yg tenang !

to be continued

No comments: